:::shazs page : justsimplylife:::

Friday, February 28, 2014

elakkan keracunan makanan - daging ayam

assalamualaikum

sekadar nk berkongsi:
elakkan keracunan makanan (daging ayam) dgn mengamalkan 7 langkah pengendalian daging ayam yg selamat

1. pilih daging ayam yg segar, isi yg pejal dan anjal, jika daging ayam yg beku, pastikan pilih yg masih keras dan beku.
2. guna peralatan yg bersih dan cuci daging ayam sehingga bersih
3. terus masak daging ayam seleas dicuci kerana dagingnya cepat rosak dan busuk
4. jika perlu disimpan, pastikan daging ayam disimpan dalam ruang sejuk beku
5. pastikan daging ayam yg sejuk beku dinyahbeku sepenuhnya sebelum dimasak
6. ayam perlu dimasak sempurna, pastikan tiada kesan darah pada daging dan air rebusan yg jernih
7. jangan simpan daging ayam yg telah dimasak melebihi 2 jam pd suhu bilik (masa dan suhu optimum utk pembiakan kuman)

"Elakkan keracunan makanan yang melibatkan daging ayam."

sumber: Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment